|
Aktiviti Semasa/ Peristiwa Terkini 2012
AKTIVITI KEKELUARGAAN OLEH KELAB REAKRASI DAN SOSIAL PEJABAT DAERAH ASAJAYA 2012
Pada 21 dan 22 April 2012 Kelab Reakrasi dan Sosial Pejabat Daerah Asajaya telah membuat lawatan sosial di Bandaraya Kuala Lumpur dan Bandaraya Bersejarah Negeri Melaka dan mengujungi tempat-tempat menarik disana seperti menaiki Bangunan Taming Sari, A’Famosa Resort, Bangunan Kedai Baba Nonya dan pelbagai lagi aktiviti lain yang telah dijalankan. Aktiviti seperti ini merupakan satu aktivti yang menyumbang pelbagai faedah kepada staf pejabat Daerah Asajaya sama ada kepada individu atau kepada organisasi itu sendiri. Aktiviti seperi ini merupakan perancangan yang telah dijalankan oleh Organisasi untuk mengeratkan silaturahim antara staf di Pejabat Daerah Asajaya dan sekaligus meningkatkan tahap motivasi tenaga perkerja
lagi.....
MAJLIS PENYERAHAN KOMPUTER RIBA 1MALAYSIA DAN CEK MRP P.197 (ASAJAYA)

Majlis ini telah diadakan di Pejabat Daerah Asajaya, pada 16 April 2012. Penyerahan Komputer riba 1 Malaysia ini disasarkan kepada pengurusan masjid, surau, tepekong, gereja dan juga KM/KK. Penyerahan komputer ini adalah bertujuan supaya pihak pengurusan badan-badan berkenaan dapat meningkatkan kecekapan pengurusan maklumat dan surat-menyurat. Sebanyak 100 komputer riba 1 Malaysia telah diedarkan. ada masa yang sama penyerahan cek MRP juga telah disumbangkan kepada JKKK di Daerah Asajaya Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Abdul Karim Menteri Muda Perumahan Dan Pembangunan Belia merangkap ADUN N14 Asajaya, turut hadi Puan Rubiah Binti Haji Wang, Pegawai Daerah Asajaya,Encik Mohd Daniel Penolong Pengarah SKMM Kuching Sarawak, KM/KK dan rakyat setempat.
MAJLIS PENYERAHAN TANGKI AIR DAN RUMAH PBR ADUN N 14 ASAJAYA

Majlis ini telah diadakan pada 30 Mac 2012 di Kampung Moyan Laut Asajaya, Penyerahan Tangki air adalah disasarkan kepada mana-mana masjis, dewan masyarakat, tepekong, gereja dan rumah penduduk yang tidak mendapat saluran air yang baik di Daerah Asajaya lebih seratus buah tangki air telah diedarkan dan lebih dari 10 orang telah diserahkan kunci rumah bantuan pada majlis tersebut.
lagi.....
Senarai Aktiviti Semasa 2012 (rekod)
- MAJLIS PENYERAHAN KOMPUTER RIBA 1MALAYSIA DAN CEK MRP P.197 (ASAJAYA)
- MAJLIS PENYERAHAN TANGKI AIR DAN RUMAH PBR ADUN N 14 ASAJAYA
- BR1M FASA KE 5
- MAJLIS PENYERAHAN PUKAT DAN MESIN PELERAI DAN MESIN PEMBAJAK P197 SAMARAHAN.
- PERTANDINGAN PERARAKAN DAN HADRAH/KOMPANG SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433H/2012M PERINGKAT DAERAH ASAJAYA
- MAJLIS TILAWAH AL-QURAN 1433H/2012M DAN PERTANDINGAN NASYID PERINGKAT DAERAH ASAJAYA
- Penyerahan BR1M Fasa Ke 4 Daerah Asajaya 2012
- Penyerahan BR1M Untuk Fasa Pertama Dan Kedua 2012
- MAJLIS PENYERAHAN CEK MRP KEPADA PERSATUAN,KELAB-KELAB 2012
|