Top Menu
Language Select
W3C Color Changer
Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Font Sizer
Background Changer
Background: 1 Background: 2 Background: 3 
Banner
Last Updated Date
Last Update: 15 Sep 2014
Version 6.0.5
Footer Menu
Best Viewed
Profil Daerah Kecil Sadong Jaya Print Profil Daerah Kecil Sadong Jaya

SEJARAH POLITIK DAERAH KECIL SADONG JAYA

 

                Bermula  1970-an era Politik di Batang Sadong dengan persempadan DUN Negeri telah menamakan SEMERA sebagai salah satu kawasan tersebut. Pada 1970 hingga 1996 sepanjang tempoh penggal tersebut, Semera telah dijadikan Kawasan DUN N.13 SEMERA. Penamaan Semera sebagai kawasan tersebut adalah kerana ianya merupakan sebuah perkampungan yang besar dan padat jumlah penduduknya. Ianya juga merupakan sebuah perkampungan yang unik yang terletak di Kawasan Hilir Sadong .

            Sepanjang tempoh dari 1970 hingga 1996, 3 orang Ahli Dewan Undangan Negeri telah dilantik bagi kawasan tersebut. Manakala dari sudut persempadanan kawasan pula ia telah ditukar sebanyak 3 kali iaitu tahun 1970 hingga 1987 ia dinamakan N.13 SEMERA, 1987 hingga 1992, ia telah ditukarkan kepada N.16 SEMERA dan seterusnya pada tahun 1992 hingga 2001 ia ditukar kepada N.18 SEMERA.

            ADUN yang mewakili kawasan tersebut ketika itu ialah EN. LEE THIAN KEE (1970-1980 (2 Penggal), TN. HAJI ABANG AHMAD URAI (1979-1983 (1 Penggal) dan YB DATO HAJI WAN ABDUL WAHAB BIN HAJI WAN SANUSI (1983 hingga sekarang). Namun pada tahun 2002, kawasan tersebut telah ditukar semula persempadanannya  kepada N.20 SADONG JAYA (dari Semera kepada Sadong Jaya). Sadong Jaya telah menjadi sebuah daerah kecil di bawah pentadbiran Daerah Asajaya mulai 1 Januari 2002.

 

 

BARISAN WAKIL RAKYAT (ADUN) BAGI KAWASAN SADONG JAYA

 

 

 

YB Lee Thian Kee @ Mohd Puteh Abdullah

Ahli Dewan Undangan Negeri

S.13 Semera 1970

N.13 Semera 1983

 

 

YB . Tan Sri Abang Haii Ahmad Urai bin Datuk Hakim Abang Haji Mohiden

Ahli Dewan Undangan Negeri

N.13 Semera (1979)

 

 

YB. Dato Haji Wan Abdul Wahab Wan Sanusi

Ahli Dewan Undangan Negeri

N. 13 Semera (1983 – 1987)

N.16 Semera (1991 – 1996 – 2001)/N.18 Sadong Jaya

N. 20 Sadong Jaya (2006-2011)

 

 

YB. Ir. Aidel Bin Lariwoo

Ahli Dewan Undangan Negeri

N. 20 Sadong Jaya (2011-Kini)

 

 

 

 

DAERAH KECIL SADONG JAYA

PENGENALAN

                Sadong Jaya sebelum ini adalah merupakan daerah kecil di bawah pentadbiran Daerah Simunjan dan mulai 1 Januari 2002, Daerah Kecil Sadong Jaya telah menjadi daerah kecil di bawah pentadbiran Daerah Asajaya.  Jarak Sadong Jaya ke Asajaya ialah 15 km, 75 km dari Kuching dan 35 km dari Samarahan (menggunakan perkhidmatan feri). Sadong Jaya terkenal dengan aktiviti pertanian seperti  kelapa, kelapa sawit, pisang, nenas, limau, penternakan ikan, udang, ayam dan sebagainya. Kegiatan pertanian ini telah giat dijalankan sejak 1964 setelah Projek Saliran Asajaya siap dengan kawasan seluas 18,143 hektar di Semenanjung Asajaya yang terletak di antara Batang Samarahan dan Batang Sadong. [1]

                Penduduknya masih bergantung kepada sektor pertanian sebagai punca pendapatan utama mereka. Sehubungan itu, sektor pertanian dan industri makanan ini perlu mencari langkah-langkah baru dan berinovatiif untuk dilaksanakan bagi mempertingkatkan sumbangan sektor ini bagi meningkatkan pendapatan dan taraf hidup penduduk luar bandar.

                Kegiatan pertanian berskala besar terutamanya penanaman kelapa sawit juga diusahakan di Sadong Jaya dengan kerjasama FELCRA memainkan peranan utama. Ladang kelapa sawit yang dibuka ini telah membberi peluang pekerjaan kapada belia dan penduduk setempat. Ia melibatkan penduduk di 5 kawasan iaitu Sg. Buluh, Senangeh, Terasi, Sadong Jaya dan Jemukan dengan keluasan tanaman seluas 864.32 hektar dan projek penanaman ini akan diluaskan di beberapa lagi tempat.[2]

ASAL USUL KAMPUNG PENDAM

BAGAIMANA KAMPUNG PENDAM MENDAPAT NAMA

                Mengikut mitos kira-kira lebih 100 tahun dahulu, sekumpulan orang Iban telah datang mendiami kawasan ini. Mereka mendirikan rumah panjang dan tinggal bersama-sama dan tinggal di situ. Untuk menyara hidup mereka bertananam padi dan bekerja sebagai petani sepanjang masa.

 Setelah beberapa tahun tinggal di kawasan ini, suatu ketika berlakulah mala petaka di mana tanaman padi mereka yang sedang masak hanya menunggu masa untuk dituai habis dimusnah dimakan oleh seekor ular yang sangat besar. Kononnya ular berkenaan turun dari langit (andaian mereka). Penduduk Iban telah berang dan sangat marah serta bertekad untuk membunuh ular yang telah memakan padi mereka. Pada malam berikutnya, ketua rumah panjang mengajak semua kaum lelaki bersedia dan menunggu kedatangan ular tersebut.

                Setelah menunggu semalaman ular itupun muncul hendak memakan padi maka mereka pun membunuh pun membunuh ular tersebut. Mereka sangat gembira kerana Berjaya membunuh ular itu dan seterusnya membahagikan ular itu untuk dimakan. Semua yang telah memakan ular itu telah menemui ajal kecuali seorang wanita yang sarat mengandung masih hidup kerana tidak memakan ular itu. Wanita itu telah mengambil keputusan untuk meninggalkan kawasan kediaman serta mudik ke hulu sungai. Disebabkan tragedi kematian kaum keluarga beramai-ramai itu maka wujudlah perkataan “PENDAM” yang bermaksud kawasan perkuburan bagi orang Iban.

                Mengikut cerita orang yang mula-mula meneroka Kampung Pendam ini masih menjumpai tanda-tanda kesan Pendam Iban seperti mana cerita di atas. Walau bagaimanapun ianya terhakis akibat keadaan sungai yang ada sekarang (Sungai Pendam).

PERTUKARAN NAMA “PENDAM” KEPADA “SADONG JAYA”

Kini nama Pendam hanya tinggal kenangan kerana telah ditukar kepada “SADONG JAYA”. Arus pembangunan atas dasar perkembangan politik , perkataan atau nama “Pendam” itu tidak begitu  sesuai didengar di kalangan masyarakat umum. Maka pada pada 04.08.1985 Pehin Sri Abdul Taib Mahmud (Datuk Patinggi pada masa itu) mengisytiharkan bahawa Kampung PENDAM ditukar kepada SADONG JAYA (sempena nama Batang Sadong)setelah mengikut jejak NONOK menjadi ASAJAYA. Pengisytiharan itu diumumkan beliau sendiri di Majlis Bertemu Rakyat bertempat di Madrasah Abdul Taib Mahmud, Sadong Jaya.

Mengikut pemimpin masyarakat di sini, perkataan “Sadong” diambil sempena bentuk geografi kawasan kawasan ini iaitu, berhampiran dengan Batang Sadong  (daripada Kuala Sadong menganjur ke Laut China Selatan) dan perkataan “Jaya” yang pastinya menjanjikan kejayaan yang berkekalan.

 

PENTADBIRAN BARU DI BAWAH DAERAH ASAJAYA

Pada 1 Januari 2002 adalah detik bersejarah buat Daerah Kecil Sadong Jaya kerana secara rasminya Daerah Kecil Sadong Jaya diletakkan di bawah pentadbiran Daerah Asajaya. Ia serentak dengan penaiktarafan daerah kecil Asajaya kepada daerah penuh. Sebelum ini Daerah Kecil Sadong Jaya diletakkan di bawah pentadbiran Daerah Simunjan.

Pengecilan beberapa kawasan pentadbiran yang kini telah diambil oleh daerah yang berhampiran telah menjadikan ia mudah untuk ditadbir dan diurus.

PERISTIWA BERSEJARAH DI SADONG JAYA

Mengikut cerita pemimpin masyarakat di sini, pernah berlaku peristiwa bersejarah iaitu apabila kapal Masyarif Masahor telah tenggelam akibat diserang oleh penjajah pada masa itu, sebelum mereka melarikan diri dari Ensengei (kawasan Simunjan) ke Lingga. Peristiwa ini telah berlaku di muara Sungai Pendam.

PEJABAT DAERAH KECIL SADONG JAYA

Terdapat 24 buah kampung berada di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Kecil Sadong Jaya yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Iban, Cina, Bugis, Jawa dan lain-lain. Tiada lagi masalah timbul untuk ke Sadong Jaya kerana terdapat pelbagai kemudahan pengangkutan yang pelbagai  seperti kenderaan bermotor individu, perahu/bot tambang, van sewa dan pengangkutan yang paling bermakna ialah perkhidmatan feri yang menjadi penghubungan di antara Daerah Kecil Sadong Jaya kepada Simunjan/Sebangan/Sebuyau. Perjalanan ke Sadong Jaya ke bandaraya Kuching hanya memakan masa satu jam setengah sahaja. Kebanyakan anak-anak muda dan warga Sadong Jaya berulang alik ke bandaraya Kuching untuk bekerja di sektor kerajaan, swasta dan perkilangan.

Pejabat Daerah Kecil Sadong Jaya

KEMUDAHAN ASAS SADONG JAYA

Kemudahan-kemudahan asas seperti jalan raya menghubungi Sadong Jaya ke Sg. Buluh sepanjang 11.7 km dengan menelan belanja RM 215 juta dan siap dibina dalam tahun 1999. Rangkaian jalanraya ini meliputi kawasan Sg. Bundong, Sg. Buluh, Rangawan, Senangeh, Terasi Ulu, Terasi Iban, Sg. Putin, Sg. Bilis dan Tajong Kelaso/Rangkang banyak memberi faedah kepada penduduk terutama dari segi pemasaran hasil tani, disamping terdapatnya perkhidmatan feri di Sungai Buluh. Terdapat juga Klinik Kesihatan di Sadong Jaya, Jemukan dan Semera; dan Jabatan Pendaftaran Negara. Kemudahan tempat beribadat juga tidak diabaikan.

 


 

 
|